Wednesday, November 4, 2009

Citer Raya 2009




Raya tahun 2009 rasa memang happy sangat, sebab rasa mcm betul2 raya la...
sebab tak pernah2 la aku punya baju raya spi dekat 10 pasang.
Lagi satu baju raya sekeluarga tahun ni 2 sets.

May be yg rasa seronok sangat sebab ank2 dh semakin besar & Aliesya hampir genap posa 30hari. Dia dapat posa 28hari. Hebat anak mama.... 2 hari x posa pun sebab dia demam panas...

Seronok tengok keletah anak-anak masa hari raya tu...

Rasa bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yg tak terhingga dan juga suami yang penyayang & understanding...

Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat... AMIN...

Thursday, October 22, 2009

Saya dan SK Padang Temu





Dah 4 minggu tinggalkan sekolah rindu lak dengan member2 & anak2 muridku....
Apa dah jadi kat sekolah ye??? adakah mereka merinduiku??? or ada kah keje yg menimbul bakal menungguku???
Tunggu.....

Karnival Pra Sekolah:

Pergh.... penat habis kursus kena p karnival pra sekolah lak anjuran PPD Melaka Tengah bersama SK Padang Temu... mula-mula memang rasa malas nak p tapi takut nanti x berseri lak...he..he..he.. sape la ye ayat ni????

Apa-apa pun seronok gak tengok bebudak buat persembahan...




Anak Murid Ku dah Pandai IT..

Wednesday, October 21, 2009

Penawar Meringankan Keletihan

Bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Monday, October 12, 2009

Saya dan Peserta Kursus Bestari



Kursus Pembestarian Sekolah diadakan selama 4 minggu bermula daripada 28 September 2009 sehingga 23Oktober 2009, di IPPM.

Seramai 25 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Walaupun penat tapi saya berasa sungguh gembira kerana dapat mempelajari pelbagai teknologi yang terkini.

Yang paling seronok geng2 kami semua ye mesra mcm adik beradik, terutama geng2 BM (Roziah, Kak Ziana, Azreen & Aini). Bukan tu saje dapat jumpa member satu maktab & satu opsyen (Azreen)macam2 cite ade.

Tapi ada lg yg paling best, kami bagi tema kursus bestari ni 'Ayam Daging' sebab tiap2 hari mkn ayam.... he..he..he... lepas ni kami semua boleh jadi pengusaha Ayam Daging...


Resepi

Ikan 3 Rasa

Bahan-Bahannya:

500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

½ sudu kecil serbuk lada sulah

300 ml minyak untuk menggoreng

Bahan Bahan Sos:

2 sudu besar halia - dicincang

1 sudu besar bawang putih - dicincang

3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili

½ sudu kecil minyak bijan

200 ml air

1 sudu besar bancuhan tepung jagung

3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan - Bahan Hiasan:

3 tangkai daun ketumbar

2 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang kasar

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak.

2. Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.

3. Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.

4. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.

5. Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.

6. Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.

7. Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah.

My Family

I'm married with Mohd Faizal 7th years ago (06th October 2002).

I'm happy with my family....

  • Alhamdulillah, hasil daripada perkahwinan ini kami dikurniakan dua orang puteri.
  • Nur Aliesya Ardina 6 tahun dan Nur Ain Amyra 2 tahun 4 bulan adalah puteri kesayanganku...

Sudut Bahasa

Kata Adjektif

Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata penguat.Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.Contohnya; amat sakit, sakit sungguh,amat banyak, lebar sekali, sangat lain, lain sekali.

Jenis-jenis kata adjektif:-

1. Sifatan 6. warna

2. waktu 7. ukuran

3. pancaindera 8. cara

4. jarak 9. perasaan

5. bentuk