Monday, October 12, 2009

Resepi

Ikan 3 Rasa

Bahan-Bahannya:

500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

½ sudu kecil serbuk lada sulah

300 ml minyak untuk menggoreng

Bahan Bahan Sos:

2 sudu besar halia - dicincang

1 sudu besar bawang putih - dicincang

3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili

½ sudu kecil minyak bijan

200 ml air

1 sudu besar bancuhan tepung jagung

3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan - Bahan Hiasan:

3 tangkai daun ketumbar

2 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang kasar

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak.

2. Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.

3. Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.

4. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan sahaja.

5. Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.

6. Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.

7. Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar dan cili merah.

No comments:

Post a Comment

Sudut Bahasa

Kata Adjektif

Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata penguat.Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.Contohnya; amat sakit, sakit sungguh,amat banyak, lebar sekali, sangat lain, lain sekali.

Jenis-jenis kata adjektif:-

1. Sifatan 6. warna

2. waktu 7. ukuran

3. pancaindera 8. cara

4. jarak 9. perasaan

5. bentuk