Dah 4 minggu tinggalkan sekolah rindu lak dengan member2 & anak2 muridku.... Apa dah jadi kat sekolah ye??? adakah mereka merinduiku??? or ada kah keje yg menimbul bakal menungguku??? Tunggu.....
Karnival Pra Sekolah:
Pergh.... penat habis kursus kena p karnival pra sekolah lak anjuran PPD Melaka Tengah bersama SK Padang Temu... mula-mula memang rasa malas nak p tapi takut nanti x berseri lak...he..he..he.. sape la ye ayat ni????
Apa-apa pun seronok gak tengok bebudak buat persembahan...
Kursus Pembestarian Sekolah diadakan selama 4 minggu bermula daripada 28 September 2009 sehingga 23Oktober 2009, di IPPM.
Seramai 25 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Walaupun penat tapi saya berasa sungguh gembira kerana dapat mempelajari pelbagai teknologi yang terkini.
Yang paling seronok geng2 kami semua ye mesra mcm adik beradik, terutama geng2 BM (Roziah, Kak Ziana, Azreen & Aini). Bukan tu saje dapat jumpa member satu maktab & satu opsyen (Azreen)macam2 cite ade.
Tapi ada lg yg paling best, kami bagi tema kursus bestari ni 'Ayam Daging' sebab tiap2 hari mkn ayam.... he..he..he... lepas ni kami semua boleh jadi pengusaha Ayam Daging...
Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata penguat.Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama.Contohnya; amat sakit, sakit sungguh,amat banyak, lebar sekali, sangat lain, lain sekali.